Saturday, December 3, 2011

SEDARLAH SAUDARA.. KEMATIAN MENGEJAR KITA

Sebelum jari ini meneruskan tekanan ke atas butang papan kekunci, terlebih dahulu ingin memohon maaf andai ada terkasar dan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang ingin diluahkan......
 Perhimpunan Agung UMNO 2011 adalah merupakan intipati apa yang ingin dikongsi untuk sama melihat apa yang membezakan antara UMNO dan PAS mahupun PKR dan PKR, 4 parti yang terbesar yang mana telah mengubah lanskap politik tanah air sejak tragedi kepada UMNO/BN Mac 2008.....dalam perhimpunan UMNO 2011 yang disiarkan oleh media perdana, jelas menunjukan ramai perwakilan yang berucap, diberi peluang berucap, tidak menggunakan peluang untuk mengubah UMNO menjadi sebuah parti yang kembali unggul dalam arus politik tanahair, cara Ketua Wanita UMNO, dalam ucapan tidak membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih baik, malah Ketua Wanita UMNO Malaysia telah menggunakan peluang untuk menghentam beberapa individu, dek kerana mendedahkan kepincangan NFC yang diuruskan oleh suami beliau.....isu sebelum bermula nya perhimpunan ini merupakan isu yang telah mencalarkan imej beliau, dan kita semua harus ingat bahawa beliau telah ditolak oleh rakyat dalam tragedi Mac 2008, beliau dilantik melalui pintu belakang sebagai menteri.......
 NFC ini telah didedahkan melalui laporan audit negara, dan siri pendedahan yang dibuat oleh PR terutama PKR adalah kelangsungan apa yang disifatkan oleh PAC perkara yang senantiasa berulang berlaku....pada awalnya beliau mengatakan keluarga beliau layak dianugerahkan projek bernilai Rm250 juta ini, beliau mempertahankan keluargta terutama suami tercinta, sifat mulia seorang isteri yang patut dicontohi oleh semua isteri2 yang membaca komen dari insan yang kurang terpelajar ini, namun apa yang menghairankan setelah siri pendedahan dibuat bermula dengan pembelian kondo mewah, kepergian beliau sekeluarga mengerjakan UMRAH dan kemudian pengerusi PAC telah mededahkan bahawa duit habis pada tahun 2009 perjanjian dibuat pada tahun 2010, beliau telah menukar rentak dengan mengatakan beliau tidak ada kena mengena dengan projek NFC dan memberi amaran kepada mereka yang cuba mengaitkan beliau dengan NFC.....beliau telah menyerang YB Zuraida dan seorang anak muda dengan menggelarkan anak muda ini sebagai anak durhaka.....
 semua perwaklilan yang hadir telah bertukar menjadi burung belatuk yang hanya tahu mengangguk tanpa ada seorang pun yang mahu bertanya..menyerang PAS,DAP dan PKR......kemudian Pemuda diketuai oleh seorang anak muda yang mempunyai sayap payung terjun....ingatkan ingin memberi sinar baru kepada barisan pemuda, namun telah menyerang dengan memberi formula 6 jahanam pembangkang, sedangkan beliau lupa UMNO/BN menjadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, dan secara tidak langsung 6 jahanam itu juga ditujukan kepada UMNO tanpa beliau sedari, sepatutnya sebagai seorang yang begitu bersemangat, beliau mampu untuk mengangkat Pemuda UMNO sebagai sayap yang mampu untuk mengubah persepsi anak muda yang menyokong PR dengan membawa pembaharuan dalam perjuangan PEMUDA UMNO dalam politik masa kini, namun gagal, bila PAS,DAP PKR dijadikan mangsa untuk menaikan semangat pemuda UMNO, 
putri juga tidak kurang, Perhimpunan UMNO dengan ucapan dasar Presiden UMNO, perwakilan mengmbil tempat untuk berucap, ucapan yang berapi2 tapi sayangnya, sedikit cuma yang melihat kelemahan dalam UMNO, terus menyerang PAS,DAP dan PKR, DAP dikambing hitamkan sebagai "cina" sedangkan mereka lupa Gerakan juga sama dengan DAP, dan MCA adalah sebuah parti yang dianggotai oleh kaum cina....
ada perwakilan mengatakan PAS dijinakkan oleh DAP kerana membuang Negara Islam dan digantikan dengan Negara Berkebajikan, sedang mereka lupa bahawa Negara Berkebajikan itu adalah satu dari prinsip negara Islam, wakil Kedah mengeluarkan Fiqh Imam Al-Ghazali mengatakan Malaysia ini negara Islam, sedangkan perlembagaan malaysia ini adalah negara sekular.....jelas sekali tidak memahami maksud ayat al-Quran yang dibaca oleh beliau, ada perwakilan mengaitkan kerajaan selangor kerana tidak tahu menguruskan air untuk rakyat, sedangkan Kerajaan Selangor telah memberi air percuma kepada rakyat selangor, dan masalah Selangor kehilangan air bukan bermula sejak tahun 2008. sebelum itu dah ada perjanjian pembelian air atau penyaluran air dari pahang ke selangor dibuat oleh kerajaan dulu...tidak ada suara lantang dari perwakilan yahng berbahas untuk membetulkan kelemahan UMNO....semua menjadikan perhimpunan kali ini sebagai pentas untuk melepaskan amarah kepada PR.....ke manakah hala tuju perhimpunan UMNO nak bawa negara ini sebenarnya? sedangkan masalah yang berakar umbi dalam UMNO masih tidak mampu diselesaikan, kenapa perlu menyerang pembangkang? amat berbeza dengan PR dalam perhimpunan yang mereka lakukan,( kelihatannya media cetak n semua station tv tidak memaparkan cerita yg sebaiknya) ..PR mereka lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam Parti mereka, memberi motivasi kepada ahli, bukan menyerang UMNO/BN, bila menyerang musuh kita, maka kita membuka peluang untuk musuh kita memperbaiki kelemahan, yang untung adalah PR kerana UMNO telah berusaha untuk memberi input berguna kepada mereka dalam memacu kekuatan mereka, memperbetulkan kelemahan mereka, sedangkan UMNO terus tenggelam dalam arus kelemahann dan kesombongan mereka sendiri.....wallahualam...

by Amin Hafiz Mohamed
 
P/S : Kemenangan Dan Kejayaan Itu Sedang Menanti Di Hadapan Kita. Walaupun Tekanan Semakin Dahsyat Dan Keras Menghimpit Kita, Tetapi Ingatlah Bahawa Sesungguhnya Fajar Mentari Pastikan Terbit Walaupun Kegelapan Masih Berpanjangan. (Al Imam Hassan Al Banna)

Thursday, October 27, 2011

SOALAN DARI GENG UMNGOK
Jika kita kembali merujuk kepada Sirah Rasul saw. ! HUDUD tidak dilaksanakan sehinggalah sempurna beberapa perkara ASAS yakni : -
1. Syahadah (Akidah) dan Mahabbah diantara sesama saudara 1 Syahadah. 
2. Kewajiban & Penyempurnaan Solat. (Israq & Mikraj)
3. Hijrah dan Pengorbanan diri serta hartabenda. (Hijrah)
4. Memakmurkan Masjid (Berjamaah)
5. Persaudaraan Melayu Islam (Muhajirin & Ansor)
6. Perjanjian Damai @ Persahabatan (Islam & Bukan Islam 'Zimmi')
-Penerimaan sepenuhnya tanpa syarat puak kuffar terhadap kepimpinan
Islam dalam 'Piagam Madinah'
7. Mewajibkan Puasa
8. Penjanaan & Pengukuhan Ekonomi & Penubuhan Baitulmal 
9. Pembentukan Akhlak dan Pengukuhannya
10.Pelaksanaan Jinayat Islamiyah yang terdiri daripada 3 perkara mengikut
urutannya iaitu : 
i. Taqzir - Undang yg disediakan oleh pemerintah untuk masylahat 
masyarakat.
ii. Qisos - Hukuman setimpal dengan kesalahan seperti 'Membunuh dibunuh'
iii.Hudud- Penguatkuasaan Undang2 untuk menjaga Moral & Nasab Keturunan.

Persoalannya, adakah 9 perkara diatas telah disempurnakan dengan sepenuhnya ? 
Adakah Syahadah umat2 Islam waktu ini benar2 kukuh ? Sempurnakah Solat 5 waktu 
setiap umat Islam ? Telah benar2 sanggupkah setiap umat Islam berkorban harta benda, keluarga dan apa saja demi mempertahankan Akidahnya ? Imarahkah setiap Masjid & Mussola ? Rasa persaudaraan Islam kita bagaimana ? Adakah ianya benar2 mengikuti lunas sebagaimana sabda Rasul saw "Tidak sempurna Iman salah seorang daripada kamu sehinggalah kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri" ? Bagaimanakah tahap perhubungan kita dengan orang bukan Islam sedangkan sesama Islam saling berbalah ? Bagaimana pula tahap ketaatan terhadap puasa dan tahap ekonomi umat Islam termasuk kewajiban berzakat ? Sudahkah akhlak setiap umat Islam sampai ke tahap boleh diteladani ? Semua itu perlu kita jawab dengan penuh keterbukaan minda serta keikhlasan dihati, insyaALLAH barulah boleh menyusul jawapan2 yang lain yang lebih adil serta bermanafaat untuk dijadikan ilmu untuk diamalkan. Wallahu'aklam !

JAWAPANNYA
1-syahadah dan mahabbah :: sesuatu yg mustahil... rasulullah laksana dalam keadaan orang munafik bersepah, ini fakta sirah dan tarikh
2-penyempurnaan solat dah berlaku dengan ertikata lain dah diwajibkan bukan masalah sapa solat tak solat...
3- tiada hijrah kampung dah lepas fathul makkah.. pelaksanaan hudud juga adalah hijrah berdasar kepada hadis al muhajiru man hajara ma nahallahu anh (org yg hijrah adalah siapa yg berhijrah drpd apa apa yg dilarang oleh Allah)... UMNO je blum hijrah
4- memakmurkan/imarah bergantung pd takmir masjid... takmir masjid UMNO feel... PAS pny org setakat ni terbukti. so, umno tak mau hudud maka dia tak mau imarah masjid pastu dtgkn sirah sbg alas an
lamasjidun ussisa alat taqwa (masjid diasaskan atas ketaqwaan) at taubah... UMNO buat masjid krsital dll ats sbb projek..
5- persaudaraan melayu (ansar dan muhajir), mereka bengong apa? melayu dll bangsa apabila mengucap syahadah jadilah mrk bersaudara.. ansar dan muhajir tu isu teladan yg rasulullah tunjuk .. rujuk tafsir al hujraat mengenai saling melindungi.. skrg ni DAP pun dah nak bersaudara dgn perjuangan ISlam mana perjuangan Islam UMNO yg ada dalam sirah??
6- dah sentuh pasal DAP .. kita dah buktikan, tp MCA dalam kes hudud buat najib terkejut dan kata takkan laksana hudud... kita akn mbik PRU utk laksana piagam madinah...
tambahan : contoh mengenai DAP sbg kafir zimmi mmg tak sesuai apalagi dgn ketiadaan kerajaan Islam.. gunakan contoh dewan penyokong PAS jika mahu memahamkan UMNOK
So Apa Lagik Yang NAk di Pesongkan???

Monday, August 22, 2011

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua:
 
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

Sunday, July 31, 2011

Semangat Ramadhan


Niat amal kebaikan + tulis + buat betul + istiqomah sepanjang hayat = bagus, insya Allah memberi kesan Ramadhan akan datang akan lebih baik dan terus ke arah yg lebih baik.


Niat amal kebaikan + tulis + buat (mula2 je)/kjap buat kjap x buat + xde istiqomah =bagus, xbagus sgt, cam semangat taik ayam panas.


Niat amat kebaikan + tulis + xbuat langsung + istiqomah xbuat2 = xbagus la, dah niat dah tulis tapi xnak buat..xelok tangguh2.


xde niat nk buat amal + xtulis + xnak buat = jgn la jadi camni...ntah esok ada lagi ke x hari kedua ramadhan kite..

Thursday, July 14, 2011

AKU MALU.. AKU BANGGA..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


Sedikit berkenaan BERSIH 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini. Aku sebagai mahasiswa, rakyat Malaysia umumnya sangat malu dengan tindakan pemimpin kerajaan Malaysia pilihan rakyat. Mereka dipilih rakyat bukan kerana sokongan terhadap parti semata-mata, tetapi pastinya mereka melilih atas dasar mahukan pemimpin yang mampu berlaku adil dan saksama kepada seluruh rakyat jelata.


Sedih aku melihat rakyat ditembak dengan gas pemedih mata seolah-olah rakyat tidak ada lagi peluang untuk beramai-ramai berhimpun menyatakan luahan suara hati mereka beramai-ramai. Tidak cukup dengan senjata mereka yang sama dan memang dibeli dari zionis Israel itu, tak sangka hati aku yang keras ini pun terkedu apabila melihat rakyat tak kira tua dan muda dipijak dan dihenyak seolah mereka ini musuh negara.


Apa yang aku ingin nyatakan, pihak pemimpin ini dilihat seolah tidak berhati perut mengeluarkan arahan kepada polis dan FRU untuk membuat tindakan sebegitu rupa kepada rakyat yang cintakan keamanan. Perhimpunan itu sudah dijanjikan aman dan seharusnya pihak penguasa hanya perlu bertindak menjaga dan mengawasi rakyat yang berhimpun. Tak kelihatan langsung negara Malaysia sekarang ini negara demokrasi. Yang aku nampak Malaysia negara pemerintah kuku besi!


Apa yang buat aku sokong BERSIH 2.0 ini, bukan kerana himpunan yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, akan tetapi 8 tuntutan penganjur BERSIH 2.0 adalah relevan dalam memenuhi kehendak demokrasi Islam itu sendiri. Antara yang yang menjadi batu asas kepada sesebuah kerajaan mahupun daulah adalah keadilan. Dalam Islam, tak kira siapa penganjur BERSIH 2.0 itu Islam mahupun kafir, sepertimana organisasi sosial lain yang ada niat murni selain menentang Islam perkara itu diharuskan. Malah tidak ada mana-mana Ijmak Ulama' masa kini yang mengeluarkan hukum tentang perkara ini setakat masa sekarang.


Aku malu negara aku negara pemerintah kuku besi.. tak guna pilihanraya dijalankan kalau masih ada penipuan.. sambung akan datang.. Wassalam

Sunday, June 12, 2011

TAYANG AURAT

Kita selalu tengok ustazah kat sekolah pakai tudung labuh. Tapi ada juga yang bertudung singkat. Tak kurang juga anak  murid bertudung labuh di sekolah tetapi habis zaman sekolah maka seolah-olah habislah segala ilmu yang telah di tunjuk ajar dulu.


Syukur, Allah berikan peluang kepada kita di Malaysia berubahnya Islam daripada cara yang agak jahil dan sedikit demi sedikit pengamalan Islam itu digunapakai. Kadang terfikir juga, kalau tiada ulama' di Malaysia yang asyik menentang dasar penjajah agak-agak sekarang ni adik-adik kita yang bersekolah di sekolah kebangsaan mesti masih lagi pakai seluar pendek kan? bukan itu je, silap-silap mesti ada antara ayah kita, abang kita yang pergi kerja pon pakai seluar sekerat lutut.


Nak harap ulama' 'rice cooker' yang tegur? jawab sendiri la jangan sampai aku jawabkan. ngeh3x..


Dalam tak sedar, dunia semakin lama semakin panas. Ya kan? Cuaca pon makin panas. Mata, hati semua boleh jadi makin panas. Dalam keadaan panas tu pon orang ramai tak sedar panasnya api neraka kat akhirat nanti. Konon-konon boleh rasa sejuk pakai baju tak cukup kain, tudung terangkat tayang **** ****, seluar sendat, baju nampak pusat, pakai seluar tapi nampak longkang belakang, konon-konon tutup aurat seluar bawah lutut tapi bila angkat naik motor nampak la kepala lutut yang buruk.


Tak pernah nak fikir masa depan. Nampak macam up-to-date. Sedangkan date mati pon tak tau bila. Takut-takut mati dalam keadaan tak beriman sebab eksiden masa pakai seluar pendek ke, tak kiralah. Sakit jantung masa tengah dating pon boleh jadi jugak.


Teringat ada seorang kakak yang melenting bila ada orang komen gambar dia dalam Facebook, gambar kakak ni bertudung tapu tudung yang berbonggol dan menampakkan buah **** sebab tudungnya singkat. Mamat tu sound "boleh tahan akak ni lawa,**** **** pon mengancam!" . Kakak tu pon sound balik mamat tu, "kau jangan kurang ajar la bodoh! tak rasa berdosa ke cakap macam tu?" . Sebenarnya siapa yang bodoh dalam situasi ni? yang menayang atau yang melihat? 


Ikuti penulisan akan datang, insya Allah.

Wednesday, April 27, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Buat pengetahuan semua, blog ini adalah kesinambungan kepada blog saya sebelum ini www.pcmujahid.blogspot.com .


Pohon doa kalian, mudah-mudahan apa yang dititipkan dan apa yang akan dibaca kalian di halaman ini akan dikira sebagai amal dan bekalan ke akhirat kelak.


Wallahu Taala A'lam.